Friday 11 November 2011

kanser paru-paru

Kanser paru-paru yang kerap terjadi adalah kanser bronkial dan ia merupakan jenis kanser yang kerap ditemui sekarang. Kadar kematian yang berlaku akibat kanser ini agak stabil di kalangan lelaki tetapi semakin meningkat di kalangan wanita.
Rokok merupakan satu-satunya punca yang sering dikaitkan dengan kanser ini. Tetapi, bagi perokok pasif (menghidu asap rokok) kemungkinan untuk mendapat kanser ini adalah 1.5 lebih tinggi. Kanser ini juga dikaitkan dengan pendedahan kepada asbestos seperti kilang kuari dan pada arsenik, kromium, bahan petroleum dan radiasi.
Antara tanda-tanda kanser paru-paru adalah seperti :
  • Batuk = 42%
  • Sakit dada = 22%
  • Batuk berdarah = 15%
  • Lelah, hilang berat badan, suara serak = 5%

Sekiranya seseorang disyaki menghidap penyakit kanser paru-paru, beberapa langkah pemeriksaan akan dijalankan. Antaranya ialah :
  • Sejarah kesihatan akan ditanya dengan lengkap
  • Pemeriksaan akan dilakukan : kesihatan umum, dada, bahagian badan lain untuk mengesan perebakan ke anggota badan lain seperi tulang, hati, buah pinggang, otak dan lain-lain.
  • Penyiasatan akan dijalankan :
    1. X-ray dada: untuk lihat kemungkinan ada ketumbuhan atau sakit lain.
    2. CT Scan: untuk lihat ketumbuhan, memeriksa saiz ketumbuhan dan perebakan yang mungkin terjadi.
    3. MRI: seperti CT scan.
    4. Bronkoskopi: satu teropong akan disalurkan ke dalam paru-paru untuk melihat ketumbuhan dan mengambil sedikit cebisan tisu bagi analisis patologi.
    5. Fine needle aspiration biopsi: Jarum halus dicucuk dari luar dada untuk mengambil sedikit tisu bagi analisis patologi.

Berikut adalah beberapa kaedah rawatan yang biasa digunakan untuk merawat penyakit ini :
    1. Pembedahan :
      • Namun hanya 20% yang masih boleh dilakukan, selebihnya pesakit telah terlalu teruk. Sebahagian paru-paru akan dibuang.
    2. Radioterapi :
      • Untuk mematikan sel kanser sebagai rawatan penyembuhan atau paliatif (mengurangkan kesakitan).
    3. Kemoterapi :
      • lace w:st="on"Ada lace jenis kanser paru-paru yang boleh dirawat dengan kemoterapi. Rawatan melalui kombinasi beberapa bahan kemoterapi.

Kanser paru-paru dapat dikesan diperingkat awal dengan melakukan beberapa kaedah saringan :
  • X-ray dada : 1 tahun sekali
  • Periksa kahak : 4 bulan sekali

No comments:

Post a Comment